Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Friday, January 29, 2010

Kisah Tauladan Orang Tidak Mempunyai Takaful (2)

FINAS SUMBANG RM10,000 BANTU M.RAJOLI

Pelakon M. Rajoli yang kini menjalani rawatan kemoterapi dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya, menerima sumbangan RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sepanjang berada di Hospital Ampang, M. Rajoli akan menjalani rawatan kemoterapi selain rawatan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis, darah tinggi dan asma. “Setakat ini, suami saya baru dua kali menjalani kemoterapi. Rawatan susulan akan dijalankan seterusnya tidak lama lagi. Setiap rawatan kemoterapi menelan kos RM3,000,” katanya. Pada 14 November lalu, M. Rajoli menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan. Karyawan juga bersetuju memberi imbuhan RM500 sebulan seumur hidup kepada pelakon itu menerusi Skim Pencen yang diwujudkan oleh persatuan tersebut.


Dipetik daripada Utusan Malaysia: 21 November 2007

Semoga beliau semakin sembuh

Kisah Tauladan Orang Tidak Mempunyai Takaful (1)

BIENDA BERTARUNG NYAWA

Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.

Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.


Dipetik daripada Utusan Malaysia: 6 Januari 2008

Alhamdulillah. Kini Bienda telah pun sembuh




INGAT!!! INSURANS/TAKAFUL HANYA BOLEH DISERTAI KETIKA ANDA MASIH SIHAT SAHAJA, BILA SUDAH SAKIT, TIADA INSURANS/TAKAFUL YANG BOLEH ANDA SERTAI.

Perbandingan Manfaat Simpanan Diantara Institusi Kewangan Malaysia

Thursday, January 28, 2010

KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM?

Insurans penipu!!...Insurans nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.

Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurans atau takaful ini.

Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurans/takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurans tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.

Antara Sebab Utama adalah...

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, polisi tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurans tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.


Satu lagi, kalau polisi dah "lapsed", walau pun kita hidupkan balik(sambung pembayaran), kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai polisi "lapsed".

2. Manfaat tiada didalam jadual polisi

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada polisi insurans, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh polisi yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara detail. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurans tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurans penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual polisi.

Sebagai contoh, rata-rata polisi yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurans Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam polisi. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Polisi yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :

Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam polisi anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada polisi yang membayar kos rawatan walaupun tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping kredit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurans, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurans dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh ejen. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya.(ada diantaranya yang boleh claim separuh tuntutan)


B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.


4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.


Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurans/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dan tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."


p/s: sila baca artikel ini, terutama pada client saya supaya masing-masing tahu tanggungjawab sehinggalah kontrak matang atau hubungi saya untuk pertanyaan peribadi.

Insurans Konvensional itu HARAM.




Mengapa anda perlu melabur dalam Etiqa Takaful?



Perbandingan Pelaburan

Jadual diatas adalah contoh perbandingan pelaburan anda selama 20 tahun antara Bank A dan Etiqa Takaful.

Tuesday, January 26, 2010





Jangan ketinggalan untuk mengambil satu polisi Takaful yang sesuai untuk mengurus risiko anda...banyak faedahnya...

Monday, January 25, 2010

Dalil-dalil tentang pentingnyaTakaful

Takaful mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk saling
menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan
maksud hadis : "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun
tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang
tersepit" [Riwayat Ahmad].

Tujuan am Takaful ialah: i) menjaga kebajikan sosial; ii) mewujudkan
keharmonian sosial; dan iii) sebagai saluran atau alat sosial di mana "The
fortunate many compensate the unfortunate few"

Untuk memudahkan kefahaman, cuba bandingkan sistem takaful dengan sistem
khairat kematian, konsepnya sama, cuma Takaful merangkumi bidang yang lebih
luas.

Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini,
antaranya [maksud]:

i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa
dan permusuhan" [al-Maidah, ayat 2].

ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari
tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan
dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah].


iv) "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."
Surah Al Baqarah: 180


Untuk menjadikan konsep Takaful sebagai suatu ibadat yang mematuhi anjuran

yang diberikan oleh dalil-dalil di atas, para peserta hendaklah diingatkan

untuk beramal dengan konsep Tabarru', iaitu niat atau maksud untuk membuat

kebajikan, membuat derma bersyarat dan mengurnia dengan redha. Beza dasar

antara tabarru' dengan derma hanyalah, ia dikutip sebelum malapetaka berlaku

manakala derma selepas itu.

Panel Syariah Etiqa Takaful

Petikan Akhbar Sinar Pahang 25 Januari 2010

TEMERLOH - Seorang guru berterima kasih kepada Etiqa Takaful Cawangan Temerloh kerana mempercepatkan proses tuntutan cek kematian arwah suaminya yang meninggal dunia pada 23 September tahun lalu akibat pendarahan otak.

Zaliha Sahak, 48, berkata, walaupun dia menjadi guru dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah tugas membesarkan anak dan pendidikan yang sempurna memerlukan perbelanjaan yang besar.

Menurutnya, arwah suaminya, Nasarudin Mokhtar, 48, menyertai pelan Mesra Etiqa Takaful selama lebih dua tahun dengan simpanan RM100 sebulan, manakala dia pula menyertai Pelan Prima dengan simpanan RM120 sebulan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful Cawangan Temerloh kerana mempercepatkan proses penyerahan cek bernilai RM22, 867.54.

“Tidak sangka mendapat tuntutan cek ini selepas arwah suami yang bekerja di Pejabat Agama Islam Daerah Maran meninggal dunia pada tahun lalu.

“Wang ini sebagai perbelanjaan anak-anak saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan saya akan mendidik mereka hingga berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Seorang penerima, Norharini Zaini, 28, berkata, dia tidak menyangka selepas tiga tahun menyertai Pelan Prima itu dan menyimpan sebanyak RM120 sebulan menerima bonus RM2,195.11.

Menurutnya, simpanan sangat penting kepada setiap individu sebagai pelaburan untuk masa depan dan perlu bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing.

“Saya gembira kerana mendapat bonus ini dan berterima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana memberikan bonus ini kepada peserta selepas tiga tahun menyertai pelan itu,” katanya.

Majlis penyerahan itu disampaikan Eksekutif Etiqa Takaful Cawangan Temerloh, Siti Zuleikha Ismail.

Menurut Wakil Etiqa Takaful, Ana Rusnita Hamzah meminta orang ramai supaya segera menyertai pelan Etiqa Takaful kerana menyediakan pelbagai pelan menarik sebagai perlindungan diri pada masa depan.

Mereka yang berminat boleh berjumpa dengannya di pejabat Etiqa Takaful Cawangan Temerloh.

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story6440056.asp

Kenalpasti Dokumen yang diperlukan.

Kenalpasti dokumen apa yang anda perlukan apabila ingin membuat tuntutan terhadap rider yang kita ambil. Tuntut berdasarkan apa yang tertera di dalam kontrak. Fahami apa yang ada di dalam kontrak anda. Rujuk perunding takaful anda atau pergi ke cawangan Etiqa yang terdekat.

Pentingnya mengetahui hak anda sebagai peserta Takaful

Penting untuk kita mengetahui hak kita sebagai peserta takaful,apa yang sepatutnya kita dapat apabila sudah memiliki polisi pelan takaful, seperti apabila masuk hospital,apa yang saya patut dapat?apabila kemalangan,apa yang sepatutnya saya terima dari pengendali takaful?...dll..sebarang pertanyaan?ajukan disini.

Thursday, January 21, 2010

Soal Jawab Kenapa Perlu Ada Insurans/Takaful



Soalan 1 : Aku nak tunggu dulu??
-> takpe...lelama mesti dia amik punya..tp nak tunggu sampai bila?? jgn sampai tua sbb premium dah tinggi, jgn sampai sakit, sbb dah tak ada co. insuran nak tanggung...amik la sementara masa muda, kuat bekerja.. :-D dan tahukah anda?.. bayaran sumbangan murah ketika masih muda dan sihat tidak akan meningkat sehingga kita berumur 80 tahun.

Soalan 2 : Apa untungnya saya ambik insurans/takaful ni?
-> banyak untungnya salah satu anda secure future memang la future tak leh tau tapi kita bleh rancang dari sekarang... cuma anda kira berapa ruginya anda takder insuran andai kata masuk spital bil puluh puluh ribu .... cuba pk uncertainty of life .....????????

Soalan 3 : Saya dah ada simpanan untuk anak2..
-> Bagus alhamdulillah ... bertuah anak2 anda ... tapi cuba anda pk sesorang bapa di serang stroke agak agak siapa nak simpan untuk anak2 dia yerk (bini ke...mungkin ...abis ubatan suami nak pakai duit mana yerk?)... lagi haru duit yg di simpan untuk anak2 itu di guna pakai ....uyoooooooooo makin ramai anak2 berhenti sekolah ... yg pandai tak dapat belajar ... isk isk isk ... itu datangnya keuntungan insuran/takaful yang akan menjamin simpanan anda disamping membiayai kos perubatan anda sekeluarga.

Soalan 4 : Sori, saya tak minat insurans ni..
-> tang mana tak minat tu encik.... insuran/takaful bukan la sesuatu yg harus d minati atau sesuatu yg ada ada la tak der takderla ianya merupakan satu keperluan sekarang.... zaman dahulu kala mungkin kot tapi bukan zaman canggih ni ,.... kita harus berkembang dgn zaman ... tapi en, ada insuran kete tak? kalau ada kenapa yerk? rasa penting tak insuran kete tu bila kena langgar ke apa ker?

Soalan 5 : Company saya dah cover medical..bla bla bla..
-> Sampai bila tu encik?sampai pencen?just an info ya ... andai kata semalam seorang perkeja tu kena kanser ... well dah tentu tak dapat perform keje ngan bagus kan sbb kena p rawatan la .. kena rehat laaa ..kena ambik MC la...so kerje tak perform .. kalau cik jadi boss cik buat apa dgn perkerja tu ? budak sekolah pun tahu jawapan ni.. kalo dah kena berenti, ingat2 senang tak carik keje?.. at least kalo ada insurans, dengan pampasan dan elaun2 apa semua.. encik boleh mulakan hidup baru dengan perniagaan.Amacam?

eh..saya ingat banyak tadi..mmm.. takpa lain hari saya tambah ek..kekeke... apa2pun.. jadikan medical card sebagai IC kedua anda yang sentiasa anda kemana sahaja di dalam dompet kecil anda. And you know something, if i know you have a medical card in your wallet, i will declare you as the richest person who walk around with hundred thousand in your pocket.. betul ni..

Sunday, January 17, 2010

Produk Terlaris Etiqa Takaful

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan Takaful

Bergantung kepada jenis tuntutan Takaful Keluarga yang dibuat, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

I. Kematian (Biasa & Kemalangan) [Senarai Tuntutan Death Claim/1-3/05]
1) Surat makluman / pengesahan dari Peserta [Death Claim /1-2/05]
2) Borang Tuntutan Pelan Takaful Keluarga Individu [Death Claim/1-1/05&1-4/05]
3) Sijil Asal Pelan Takaful Keluarga Individu
4) Salinan Kad Pengenalan si mati/penuntut yang telah disahkan
5) Salinan Sijil Kematian / Permit Menguburkan yang telah disahkan
4) Salinan Laporan Polis yang disahkan (Certified True Copy), jika kematian akibat kemalangan
5) Borang Laporan Perubatan yang diisi oleh doktor yang biasa merawatnya [Death Claim/1-5/05]
6) Salinan Laporan Bedahsiasat / Perubatan yang disahkan, (Certified True Copy), jika perlu
7) Salinan Rekod Kedatangan dari majikannya, yang telah disahkan (Certified True Copy), jika perlu
8) Lain-lain dokumen sokongan (salinan hendaklah disahkan – Certified True Copy), jika ada


II. Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa & Kemalangan)
1) Surat makluman / pengesahan dari Peserta.
Borang Tuntutan Pelan Takaful Keluarga Individu [Disability/2-1/05]
2) Sijil Asal Pelan Takaful Keluarga Individu
3) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
4) Borang “Confidential Medical Certificate” [Disability/2-2/05]
5) Surat ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan, yang telah disahkan (Certified True Copy)
6) Salinan Laporan Polis yang telah disahkan (Certified True Copy), jika akibat kemalangan
7) Salinan Rekod Kedatangan dari majikannya, yang telah disahkan (Certified True Copy), jika perlu
8) Lain-lain dokumen sokongan (salinan hendaklah disahkan – Certified True Copy), jika ada


Pelan Sampingan (Rider)


a) Manfaat Hospital
1) Borang Tuntutan Manfaat Hospital [Hospitalisation Claim/3-1/05]
2) Borang Laporan Perubatan [Hospitalisation Claim-Attending Physician’s Statement] untuk tuntutan melebihi RM500.00
3) Bil Asal Hospital/Nota Discaj
4) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

b) Penyakit Kritikal
1) Borang Tuntutan Rider Penyakit Kritikal
2) Borang “Confidential Medical Certificate”
3) Borang Pelepasan Tuntutan Pelan Takaful Keluarga Individu
4) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

c) Kemalangan / MC
1) Borang Tuntutan Kemalangan [Accident Claim/5-1/05]
2) Borang Laporan Perubatan [Certificate Of Medical Attendant-Accident Claim/5-2/05]
3) Laporan Polis/Surat Pengesahan Majikan/Memo dr Klinik/Hospital yang mengesahkan kemalangan
4) Salinan Resit Bayaran Kos Rawatan/Bil Hospital yang telah disahkan


IV. Kontrak Matang
1. Sijil Asal Pelan Takaful Individu
2. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

V. Anugerah Intelek Pelan Etiqa Sarjana
1. Borang Permohonan Anugerah Intelek
2. Slip Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

VI. Serahan Pelan Anuiti
1. Borang Serahan / Pembatalan
2. Sijil Asal Pelan Takaful Individu
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

Penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi dalam polisi ETIQA Takaful

Senarai 36 Penyakit-penyakit Kritikal:
· Serangan Penyakit Jantung
· Penyakit Arteri Koronari
· Angioplasti
· Penyakit Arteri Koronari Serius yang Lain
· Penukaran Injap Jantung
· Pembedahan Aorta
· Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
· Kardiomiopati
· Ensefalitis
· Tumor Otak Benigna
· Meningitis Bakteria
· Penyakit Motor Neuron
· Penyakit Parkinson
· Penyakit Alzheimer
· Poliomielitis
· Sklerosis Pelbagai
· Sindrom Apalik
· Pembedahan Otak
· Penyakit Lumpuh
· Strok
· Koma
· Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
· Kehilangan Kaki dan Tangan
· Hilang Penglihatan
· Hilang Pendengaran
· Hilang Suara
· Kanser
· Anaemia Aplastik
· Kecederaan Kepala yang Parah
· Kebakaran Parah
· Pemindahan Organ Utama
· Kegagalan Ginjal
· Penyakit Paru-Paru yang Kronik
· Penyakit Hati yang Kronik
· Hepatitis Virus Fulminan
· Diatrofi Otot

Produk Etiqa (Sarjana)

  1. Tujuan Plan ini ialah Perlindungan dan Pendidikan.
  2. Had umur penyertaan ialah 14 hari hingga 15 tahun HJAD.
  3. Tempoh Polisi ialah 5 thn hingga 25 thn.
  4. Umur matang ialah 25 thn.
  5. Amaun Sumbangan Minima RM 60.00 (asas sahaja)
  6. Tidak boleh digabung dengan Medic Saver Rider.
  7. Kaedah bayaran Tahunan,Setengah Tahun,Suku tahun dan bulanan


KELEBIHAN PRODUK SARJANA:

  1. Dengan menyertai RM 100 produk ini, pelanggan layak mendapat
  2. Anugerah Intelek untuk pelajar cemerlang sebagai galakkan anak belajar.
  3. UPSR darjah 6, jika berjaya mendapat 5A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 500.00 wang tunai.
  4. PMR tingkatan 3, jika berjaya mendapat 8A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 750.00 wang tunai.
  5. SPM tingkatan 5, jika berjaya mendapat 8A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 1,000.00 wang tunai.
  6. STPM tingkatan 6, jika berjaya mendapat 5P,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 1,000.00 wang tunai.
  7. Hadiah ini boleh tuan/puan gunakan sebagai galakan anak belajar pandai dan ayah boleh belikan handphone atau Play Station jika anak berjaya mendapat kejayaan cemerlang.
  8. Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal ke atas anak, disebabkan oleh kemalangan atau tanpa kemalangan,eTiQa Takaful Berhad akan membayar Manfaat Perlindungan Pampasan sebanyak RM 75,000.00
  9. Jika anak masuk wad di mana-mana hospital,elaun Manfaat Hospital akan diberikan sebayak RM90.00 sehari.
  10. Jika masuk wad 10 hari, pelanggan akan dapat RM 900.00 elaun.Jika berlaku hilang upaya kepada pembayar,simpanan bulanan akan DILUNASKAN oleh Takaful sehingga anak berumur 25 tahun atau sehingga tamat tempoh polisi dalam Manfaat Pembayar.
  11. Manfaat Pendapatan Keluarga atau FIBR ( Family Income Basic Rider ).Manfaatnya jika pembayar hilang upaya, Takaful akan membayar pampasan RM 20,000 kepada penjaga atau waris anak.
  12. Simpanan anak apabila matang berjumlah RM 22,000.00 termasuk keuntungan jika tiada sebarang musibah berlaku dan sepanjang tempoh polisi, anak tuan/puan sentiasa dilindungi secara percuma.
  13. Tabung Khairat Kematian juga akan diberikan sebanyak RM 1,000.00 jika berlaku sesuatu musibah.
  14. Jika anak tuan/puan tuntut Manfaat Hospital,duit dalam akaun simpanan tuan/puan tidak akan berkurangan.


MANFAAT HOSPITAL - ( MH).

  1. Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan
  2. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
  3. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad dipejabat.
  4. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
  5. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
  6. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
  7. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah. Diluluskan dan hanya melindungi peserta sehingga peserta berumur 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.

MANFAAT PEMBAYAR.

  1. Manfaat Pembayar ini hanya dilindungi sehingga umur anak 25 tahun atau sepanjang tempoh polisi dilindungi.
  2. Peserta akan dilindungi serta-merta apabila resit dikeluarkan dan jika pembayar hilang upaya, Takaful akan lunaskan sumbangan peserta dan jumlahnya mengikut baki sumbangan.


MANFAAT PENDAPATAN KELUARGA ( FIBR ).


  1. FIBR merupakan biasiswa kepada anak jika sesuatu berlaku kepada pembayar.
  2. Takaful akan memberi biasiswa atau FIBR ini sebanyak RM 20,000.00 kepada penjaga atau waris anak yang dilindungi.
  3. FIBR mula dilindungi bermula tarikh resit dikeluarkan.
  4. Tujuan FIBR ini diberikan ialah untuk menanggung kos pembelajaran anak.
  5. Jumlah wang RM 20,000.00 ini akan dibahagikan mengikut baki tahunan sehingga tamat tempoh perlindungan. Jika ada baki 10 tahun, setiap tahun anak akan mendapat FIBR sebanyak RM 2,000.00 setahun.

Produk Etiqa (Prima)

  1. Tujuan plan ialah pengeluaran setiap 3 tahun.
  2. Had umur penyertaan ialah 6 bln hingga 54 thn HJAD
  3. Tempoh polisi ialah 18,21,24,27,30 tahun.
  4. Boleh digabung dengan Medic Save Rider.
  5. Kaedah pembayaran ialah Tahunan,Setengah tahun,suku tahun dan Bulanan.


Kelebihan Produk Prima.
  • Jika pelanggan berumur 30 tahun dan mengambil polisi 30 tahun. Serta membuat sumbangan bulanan sebanyak RM 150.00
  • Jika pelanggan mengalami musibah atau hilang upaya kekal tanpa kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 24,000.00
  • beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 22,000.00 dan jumlah keseluruhan ialah RM 46,000.00
  • Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal dengan kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 24,000.00
  • beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 22,000.00 dan Manfaat Kemalangan sebanyak RM 22,000.00
  • Jumlah keseluruhan ialah RM 68,000.00

  • Dengan menyimpan RM 150.00 sebulan,jika berlaku Kemalangan, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 22,000.00
  • Dengan menyimpan RM 150.00 sebulan,jika berlaku Penyakit Kritikal, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 20,000.00
  • Jika peserta dimasukkan ke Wad mana-mana Hospital,Takaful akan memberi elaun sebanyak RM 90.00 sehari. Jika 10 hari, peserta akan dapat RM 900.00.
  • Simpanan peserta apabila matang akan berjumlah RM 12,000.00 dan jumlah ini tidak akan berkurangan walaupun tuntutan kemalangan,penyakit kritikal atau manfaat hospital telah dibuat.

SELEPAS ITU SETIAP 3 TAHUN TAKAFUL AKAN BAGI BONUS SEBANYAK
RM 2,400.00 CEK TERUS DIHANTAR KERUMAH PELANGGAN.



MANFAAT HOSPITAL - ( MH)

Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan diluluskan sehingga peserta berumur 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.

  1. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
  2. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad di pejabat.
  3. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
  4. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
  5. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
  6. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah.


MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL ( CIR )

  1. Melalui Rider ini, peserta akan mendapat manfaat tambahan yang komprehensif setelah disahkan oleh doktor pakar,peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti senarai dalam polisi. Pastikan penyakit minima 30 hari pengesahan baru boleh tuntut dan tuntutan dalamasa 60 hari pengesahan penyakit.
  2. Contoh penyakit kritikal yang dilindungi ialah pembedahan jantung,radang otak, ketumbuhan otak, parkinson, angin ahmar, lumpuh, koma,buta, pekak, barah dan sebagainya.
  3. Jumlah manfaat penyakit kritikal tidak boleh melebihi jumlah manfaat asas dan umor dilindungi bermula 18 tahun sehingga peserta berumor 65 tahun atau mengikut tempoh kontrak, mana yang dahulu.
  4. Tempoh peserta dilindungi adalah antara 6 BULAN sehingga maksima 30 tahun atau sehingga peserta 65 tahun atau sehingga tempoh polisi, mana yang dulu.
  5. Tuntutan cuti sakit boleh dibuat dalam tabung manfaat kemalangan


TUNTUTAN CUTI SAKIT DALAM – (AIR)

1. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 2.50 seminggu.minima 3 hari dan maksima 52 minggu.

2. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 6.00 seminggu jika peserta masuk wad ( hospitalize ).
minima 3 hari dan maksima 25 minggu.

Contoh 1 : (RM 30,000 TANPA MASUK WAD)
AIR = 30 X RM 2.50 = RM 75.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 75.00 = RM 32.14

Contoh 2 : (RM 30,000 HOSPITALIZE)
AIR = 30 X RM 6.00 = RM 180.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 180.00 = RM 77.14

Hanya M.C disebabkan kemalangan sahaja yang boleh di tuntut !!


JADUAL MANFAAT KEMALANGAN :

25 % : Kehilangan seluruh ibu jari dan jari telunjuk pada sebelah tangan.

60 % : Kehilangan seluruh pertuturan

60 % : Kehilangan 2 belah telinga

60 % : Penglihatan sebelah mata.

60 % : Kehilangan 1 tangan atau kaki atas pergelangan

100 % : Penghilangan kedua belah mata.

100 % : Kehilangan 2 tangan atau kaki atas pergelangan.

100 % : Kematian akibat kemalangan


PENGECUALIAN MANFAAT KEMALANGAN :

  1. Tentera atau polis semasa menjalankan tugas atau dalam pesawat tentera.
  2. Kecacatan mental atau fizikal yang sedia ada.
  3. Kecederaan akibat peperangan, rusuhan, gempa bumi dan sebagainya.
  4. Penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.
  5. Membunuh diri atau cubaan membunuh diri.
  6. Terdedah bahan nuklear atau radioaktif.
  7. Komplikasi akibat HIV / AIDS / SIPLIS dan sebagainya.

Sebarang analisis tuntutan akan dinilai oleh pegawai penilai Takaful termasuk doktor panel Takaful dan penyiasat Takaful.

Produk Etiqa (Mesra)

  1. Manfaat ialah jumlah yang akan dibayar kepada peserta seperti tertera dalam kontrak.
  2. Tarikh ulang tahun adalah tarikh bermula kontrak peserta dengan Etiqa Takaful Berhad ( ETB ).
  3. Manfaat Asas adalah jumlah yang dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.(Khairat )
  4. Manfaat Bertempoh adalah manfaat tambahan kepada manfaat asas dengan kadar murah.
  5. Manfaat Kemalangan adalah tabung yang disediakan jika berlaku kemalangan kepada peserta.
  6. Manfaat Penyakit Kritikal adalah tabung yang disediakan jika peserta mengidap penyakit kritikal.
  7. Manfaat Hospital adalah elaun yang akan diberikan jika peserta masuk wad hospital.
  8. AP adalah Akaun Peserta iaitu akaun bahagian pelaburan daripada sumbangan.
  9. AKP adalah Akaun Khas Peserta iaitu akun bahagian sumbangan untuk peserta lain.
  10. Tempoh Ihsan ialah tempoh diberikan dari tarikh pembayaran sumbangan ( 30 hari ).



Kelebihan Produk Mesra.

  • Jika pelanggan berumur 30 tahun dan mengambil polisi 30 tahun serta membuat sumbangan bulanan sebanyak RM 100.00
  • Jika pelanggan mengalami musibah atau hilang upaya kekal tanpa kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 32,000.00 beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 23,000.00 dan jumlah keseluruhan ialah RM 55,000.00
  • Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal dengan kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 32,000.00
  • beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 23,000.00 dan Manfaat Kemalangan sebanyak RM 25,000.00
  • Jumlah keseluruhan ialah RM 80,000.00

  • Dengan menyimpan RM 100.00 sebulan,jika berlaku Kemalangan, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 25,000.00
  • Dengan menyimpan RM 100.00 sebulan,jika berlaku Penyakit Kritikal, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 24,000.00
  • Jika peserta dimasukkan ke Wad mana-mana Hospital,Takaful akan memberi elaun sebanyak RM 60.00 sehari.
  • Jika 10 hari, peserta akan dapat RM 600.00
  • Simpanan peserta apabila matang akan berjumlah RM 30,000.00 dan jumlah ini tidak akan berkurangan walaupun tuntutan kemalangan,penyakit kritikal atau manfaat hospital telah dibuat.



MANFAAT HOSPITAL - ( MH)

  1. Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan diluluskan dan hanya melindungi peserta sehingga peserta berumor 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.
  2. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
  3. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad di pejabat.
  4. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
  5. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
  6. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
  7. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah.



MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL ( CIR ).

  1. Melalui Rider ini, peserta akan mendapat manfaat tambahan yang komprehensif setelah disahkan oleh doktor pakar,peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti senarai dalam polisi. Pastikan penyakit minima 30 hari pengesahan baru boleh tuntut dan tuntutan dalamasa 60 hari dari pengesahan penyakit.
  2. Contoh penyakit kritikal yang dilindungi ialah pembedahan jantung,radang otak, ketumbuhan otak,parkinson, angin ahmar, lumpuh, koma,buta, pekak, barah dan sebagainya.
  3. Jumlah manfaat penyakit kritikal tidak boleh melebihi jumlah manfaat asas dan umor dilindungi bermula 18 tahun sehingga peserta berumur 65 tahun atau mengikut tempoh kontrak, mana yang dahulu.
  4. Tempoh peserta dilindungi adalah antara 6 BULAN sehingga maksima 30 tahun atau sehingga peserta 65 tahun atau sehingga tempoh polisi, mana yang dulu.



MANFAAT INDEMNITI KEMALANGAN ( AIR )

Polisi hanya melindungi peserta untuk Manfaat Indemniti Kemalangan
bermula umor 18 tahun sehingga peserta berumor 60 tahun sahaja.

Jumlah maksima Manfaat Kemalangan tidak boleh melebih
2 kali manfaat asas atau 2 kali jumlah gaji tahunan dan ditolak RM 3,000.00

Jumlah perlindungan adalah dua kali ganda jika kemalangan berlaku
ditempat awam seperti berikut :
1. Dalam kenderaan awam melainkan teksi/kereta sewa.
2. Dalam kabel atau lif penumpang awam.
3. Dalam bagunan awam seperti kompleks, hotel, panggung dll.


TUNTUTAN CUTI SAKIT DALAM (AIR)

Tuntutan cuti sakit boleh dibuat dalam tabung manfaat kemalangan :

1. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 2.50 seminggu.
minima 3 hari dan maksima 52 minggu.

2. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 6.00 seminggu jika
peserta masuk wad ( hospitalize ).
minima 3 hari dan maksima 25 minggu.

Contoh 1 : (RM 30,000 TANPA MASUK WAD)
AIR = 30 X RM 2.50 = RM 75.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 75.00 = RM 32.14

Contoh 2 : (RM 30,000 HOSPITALIZE)
AIR = 30 X RM 6.00 = RM 180.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 180.00 = RM 77.14

Hanya M.C disebabkan kemalangan sahaja yang boleh di tuntut !!



JADUAL MANFAAT KEMALANGAN :

25 % : Kehilangan seluruh ibu jari dan jari telunjuk pada sebelah tangan.

60 % : Kehilangan seluruh pertuturan

60 % : Kehilangan 2 belah telinga

60 % : Penglihatan sebelah mata.

60 % : Kehilangan 1 tangan atau kaki atas pergelangan

100 % : Penghilangan kedua belah mata.

100 % : Kehilangan 2 tangan atau kaki atas pergelangan.

100 % : Kematian akibat kemalangan


PENGECUALIAN MANFAAT KEMALANGAN :

  1. Tentera atau polis semasa menjalankan tugas atau dalam pesawat tentera.
  2. Kecacatan mental atau fizikal yang sedia ada.
  3. Kecederaan akibat peperangan, rusuhan, gempa bumi dan sebagainya.
  4. Penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.
  5. Membunuh diri atau cubaan membunuh diri.
  6. Terdedah bahan nuklear atau radioaktif.
  7. Komplikasi akibat HIV / AIDS / SIPLIS dan sebagainya.

Sebarang analisis tuntutan akan dinilai oleh pegawai penilai Takaful termasuk doktor panel Takaful dan penyiasat Takaful.

Takaful Vs Insurans


Saturday, January 16, 2010

Kelebihan Etiqa Takaful




ETIQA TAKAFUL menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yg berlandaskan syariah,

1. Tabung Khairat kematian / hilang upaya kekal.

2. Elaun harian hospital (hospital swasta @ kerajaan).

3. Pampasan penyakit kritikal (36 jenis penyakit kritikal)

4. Pampasan kemalangan diri (24 jam seluruh dunia)

5. Manfaat rider bertempoh

6. Manfaat pembayar (khas untuk plan pendidikan)

7. Manfaat tabung saraan /biasiswa (khas untuk plan pendidikan)

8. Manfaat anugerah intelek (khas untuk pelan pendidikan)

9. Manfaat simpanan tempoh matang.

10. Manfaat cuti sakit akibat kemalangan.(MC)

11. Manfaat pengurusan jenazah (khairat kematian) min RM1000 max RM4000

12. Jaminan Haji & Umrah.

13. Rawatan Fisioterapi pesakit luar

14. Mempunyai senarai Panel terbanyak (36 Klinik Panel & 80 Hospital)

15. Manfaat Rawatan Lanjutan Dialisis,Kanser & Transplan = RM148,000.00


KEISTIMEWAAN LAIN

1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa riba

2. Pelepasan cukai pendapatan.

3. Perkongsian untung (mudharabah 80:20)

4. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

5. Amal Jariah

6. Muamalat Islam.


Pemahaman mengenai produk memerlukan bimbingan daripada penasihat takaful. Hubungi HAZZRAH @ 0129623085