TEMERLOH - Seorang guru berterima kasih kepada Etiqa Takaful Cawangan Temerloh kerana mempercepatkan proses tuntutan cek kematian arwah suaminya yang meninggal dunia pada 23 September tahun lalu akibat pendarahan otak.
Zaliha Sahak, 48, berkata, walaupun dia menjadi guru dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah tugas membesarkan anak dan pendidikan yang sempurna memerlukan perbelanjaan yang besar.
Menurutnya, arwah suaminya, Nasarudin Mokhtar, 48, menyertai pelan Mesra Etiqa Takaful selama lebih dua tahun dengan simpanan RM100 sebulan, manakala dia pula menyertai Pelan Prima dengan simpanan RM120 sebulan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful Cawangan Temerloh kerana mempercepatkan proses penyerahan cek bernilai RM22, 867.54.
“Tidak sangka mendapat tuntutan cek ini selepas arwah suami yang bekerja di Pejabat Agama Islam Daerah Maran meninggal dunia pada tahun lalu.
“Wang ini sebagai perbelanjaan anak-anak saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan saya akan mendidik mereka hingga berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Seorang penerima, Norharini Zaini, 28, berkata, dia tidak menyangka selepas tiga tahun menyertai Pelan Prima itu dan menyimpan sebanyak RM120 sebulan menerima bonus RM2,195.11.
Menurutnya, simpanan sangat penting kepada setiap individu sebagai pelaburan untuk masa depan dan perlu bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing.
“Saya gembira kerana mendapat bonus ini dan berterima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana memberikan bonus ini kepada peserta selepas tiga tahun menyertai pelan itu,” katanya.
Majlis penyerahan itu disampaikan Eksekutif Etiqa Takaful Cawangan Temerloh, Siti Zuleikha Ismail.
Menurut Wakil Etiqa Takaful, Ana Rusnita Hamzah meminta orang ramai supaya segera menyertai pelan Etiqa Takaful kerana menyediakan pelbagai pelan menarik sebagai perlindungan diri pada masa depan.
Mereka yang berminat boleh berjumpa dengannya di pejabat Etiqa Takaful Cawangan Temerloh.
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story6440056.asp
No comments:
Post a Comment