
Manfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai
Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu buru menyertainya. Anda perlu menilai tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang. Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menyertai manfaat ini sekarang juga.
Dengan adanya manfaat ini. Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan mengangung sepenuhnya kos perubatan tersebut. Selalunya syarikat pengendali hanya menaggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut.
Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menaggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah
Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikir masalah ini…
Anda akan mula terjebak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langklah bijak sekarang.
No comments:
Post a Comment