Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Monday, January 25, 2010

Dalil-dalil tentang pentingnyaTakaful

Takaful mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk saling
menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan
maksud hadis : "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun
tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang
tersepit" [Riwayat Ahmad].

Tujuan am Takaful ialah: i) menjaga kebajikan sosial; ii) mewujudkan
keharmonian sosial; dan iii) sebagai saluran atau alat sosial di mana "The
fortunate many compensate the unfortunate few"

Untuk memudahkan kefahaman, cuba bandingkan sistem takaful dengan sistem
khairat kematian, konsepnya sama, cuma Takaful merangkumi bidang yang lebih
luas.

Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini,
antaranya [maksud]:

i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa
dan permusuhan" [al-Maidah, ayat 2].

ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari
tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan
dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah].


iv) "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."
Surah Al Baqarah: 180


Untuk menjadikan konsep Takaful sebagai suatu ibadat yang mematuhi anjuran

yang diberikan oleh dalil-dalil di atas, para peserta hendaklah diingatkan

untuk beramal dengan konsep Tabarru', iaitu niat atau maksud untuk membuat

kebajikan, membuat derma bersyarat dan mengurnia dengan redha. Beza dasar

antara tabarru' dengan derma hanyalah, ia dikutip sebelum malapetaka berlaku

manakala derma selepas itu.

No comments:

Post a Comment