Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Sunday, August 8, 2010

Thursday, May 20, 2010

Takaful Untuk PEMBANTU RUMAH


SERENDAH RM50.00 sebulan..:)

  • pampasan kematian sehingga RM20,000.00 akibat kemalangan
  • pampasan sehingga RM20,000.00 untuk hilang upaya kekal yang berlaku di dalam masa dua belas (12) bulan daripada tarikh kemalangan atau yang bersamaan dengan kadar jumlah yang dipersetujui di dalam Jadual Manfaat bagi kehilangan sebahagian daripada anggota.
  • jumlah sebenar bayaran perubatan untuk rawatan sebagai pesakit dalam termasuk harga ubat dan kos penggunaan peralatan sehingga maksimum RM2,000.00 setelah ditolak ekses sebanyaK RM200 untuk setiap satu tuntutan.
  • pengurusan jenazah untuk dihantar pulang sehingga RM5,000
baca kontrak sebenar...

Friday, May 14, 2010

Sekiranya diTAKDIRKAN?


Menjadi ibu tunggal TANPA pembiayaan TAKAFUL atau menjadi ibu tunggal DENGAN bantuan pembiayaan TAKAFUL?Pilihan di tangan ANDA.

Sunday, May 9, 2010

Kelebihan Lain




Selain daripada PERLINDUNGAN diri, peserta TAKAFUL juga dapat berSEDEKAH dan berZAKAT

Pelan PERSARAAN



Tahukah anda,untuk PERSARAAN, kita perlu lebih kurang 1juta peruntukan KEWANGAN...

Jadi, sediakan pelan persaraan anda bermula dari sekarang, seperti pelan Etiqa Warisan.

Thursday, April 22, 2010

HIBAH simpanan anda.


Sudah menyertai takaful, jangan LUPA untuk HIBAH simpanan anda. Kalau tidak ianya akan menjadi simpanan yang tidak dituntut dan semuanya akan menjadi sia-sia. Harap maklumlah wahai saudara2 ku.

Wednesday, April 14, 2010

TAWARAN MENARIK!!!




1.Simpanan persaraan (tempoh matang)=RM40,000.00+lebihan AKP
2.Elaun Harian Hospital (sehingga 356hari)=RM80 SEHARI
3.Pampasan kemalangan (hilang anggota)=RM20,000.00
4.Dana Penyakit Kritikal (36 jenis penyakit)=RM20,000.00
5.Elaun Cuti Sakit (sehingga 52 minggu)=RM50 SEMINGGU
6.Dana Khas 1 (lumpuh/hilang upaya akibat biasa)=RM60,000.00
7.Dana Khas 2 (lumpuh/hilang upaya akibat kemalangan)=RM80,000.00
8.Dana Khairat 1 (meninggal akibat biasa)=RM60,000.00
9.Dana Khairat 2 (meninggal akibat kemalangan)=RM80,000.00
10.Pampasan Berganda (meninggal kemalangan menaiki kenderaan awam/bangunan awam)=RM100,000.00
11.Khairat Segera (tempoh 24jam)=RM1000
12.Pengecualian Cukai Pendapatan (sehingga RM6000)
13.Sedekah Jariah
14.Pengeluaran (selepas AP tahun keempat)


Semuanya anda peroleh dengan sumbangan anda sebanyak RM3.30 sehari. Maklumat lebih lanjut??boleh diajukan.

Tuesday, March 2, 2010

Jika KENDERAAN anda terlibat dengan KEMALANGAN...




  1. Sila bertenang dan jangan cemas.
  2. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
  3. Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  4. Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  5. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  6. Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
  7. Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
  8. Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
  9. Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
  10. Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
  11. Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
  12. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
  13. Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Saturday, February 13, 2010

Thursday, February 11, 2010

Sinar Harian 11 February 2010



Takaful Menda Alah?

MENGAPA SAYA KATA TAKAFUL BUKAN "MENDA ALAH"?

1. UNTUK MELINDUNGI PENDAPATAN KELUARGA
Kesinambungan pendapatan bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. PELAN TAKAFUL KELUARGA dapat menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. PERLINDUNGAN KEWANGAN KETIKA HILANG UPAYA
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, PELAN TAKAFUL sekurang-kurangnya memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. PELAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK
Rancang kewangan pendidikan anak anda dari sekarang, Tanpa perlu membuat pinjaman pada masa akan datang. JANGAN BIARKAN ANAK ANDA MULA BERHUTANG SEBELUM BEKERJA.

4. TABUNG PERSARAAN
Semua orang bekerja mengharapkan persaraan yang membahagiakan. PELAN TAKAFUL adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. PELAN PERUBATAN/KESIHATAN
Ramai yang merungut mengenai peningkatan kos penjagaan kesihatan. Orang yang bijak menggunakan kemudahan TAKAFUL untuk meringankan beban perubatan/kesihatan yang tinggi itu.(Tidak perlu serahkan semua wang yang disimpan bertahun lamanya kepada doktor yang merawat kita. Biar TAKAFUL yang bayar!)

6. SEBAGAI PEMBERIAN UNTUK YANG TERSAYANG
Tidak seperti pemberian yang lain,pampasan TAKAFUL adalah satu-satunya pemberian yang berharga. Sesuatu yang akan ditanya apabila berlaku kematian.

7. PERLINDUNGAN PERNIAGAAN KELUARGA
Sesetengah perniagaan keluarga adalh untuk diwarisi dari generasi ke generasi. PELAN TAKAFUL membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

8. SEBAGAI PELAN KEWANGAN MENYELURUH
Pelan kewangan mungkin ringkas, tapi tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa takaful. Perlindungan pendapatan adalah asas dalam perancangan kewangan. Sebab tu ade orang kata "Protect first then invest"

Saturday, February 6, 2010

Slide Rancangan TV3 Bijak Wang (Pilihan Pelan Takaful) Part 1





Etiqa, Anda & Rider

Post ini membincangkan mengenai pemilihan rider yang bersesuaian dengan anda. Di Etiqa Takaful, terdapat beberapa rider yang boleh anda pilih dalam satu-satu produk. Perbezaan keutamaan pemilihan rider adalah berbeza diantara client kerana aspek-aspek risiko di sekeliling mereka. Antara aspek yang diambil kira adalah:

  • Jenis Pekerjaan
  • Faktor keturunan (penyakit kritikal)
  • Cara hidup
  • Kewangan

Seperti yang telah dinyatakan didalam post yang terdahulu, Etiqa Takaful menyediakan beberapa jenis rider yang boleh dipilih iaitu rider Elaun Hospital, Pampasan Kemalangan, Pampasan Kematian dan Keilatan disebabkan Kemalangan dan Perlindungan Penyakit Kritikal. Jadi, peserta atau client hendaklan mengenalpasti apa yang paling berisiko bagi anda dan anda boleh memohonnya kepada perunding takaful anda.

Dan peringatan, sekiranya anda tidak menyertai atau melanggan mana-mana rider dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini diatas rider yang berkaitan, bermakna anda tidak boleh menuntut pampasan rider tersebut. Saya bagi contoh, En. A tidak menyertai rider untuk Perlindungan Penyakit kritikal, tetapi sejarah keluarganya dan jenis pekerjaannya adalah terdedah dengan risiko penyakit jantung. Tiba-tiba dengan izin Tuhan, beliau terkena serangan jantung (yang merupakan tersenarai dalam 36 penyakit yang dilindungi dalam polisi Etiqa Takaful). Beliau secara automatik tidak boleh menuntut pampasan penyakit kritikal (untuk membeli ubat atau rawatan) kerana tidak melanggan rider penyakit kritikal.

Begitulah juga dengan rider-rider yang lain. Untuk Pengetahuan anda, anda boleh menambah dan mengurangkan rider anda mengikut keadaan dan ekonomi semasa, itu tiada masalah. Cuma berjumpa dengan perunding takaful anda dan ceritakan mengenai hasrat anda itu. Saya mengutarakan post ini adalah bertujuan memaklumkan tentang kepentingan rider dan ingin peserta tahu fungsinya. Sungguhpun nilai rider ini tidak akan menjadi simpanan akaun peserta, tetapi inilah yang dinamakan mengurusi RISIKO anda yang sebenarnya.

Wednesday, February 3, 2010

Etiqa Online


Monday, February 1, 2010

Kenali Rider Anda (Perlindungan Penyakit Kritikal)

Melalui manfaat ini, Peserta / orang yang dilindungi akan mendapat manfat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosis oleh pakar, menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan


Pengecualian:

Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal wujud sebelum atau pada tarikh pengeluaran Kontrak Asas atau kontrak tambahan, atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.


Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak lansung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatan atau penyakit yang wujud sebelum tarikh pengeluaran Kontrak asas, kontrak tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula.


Kontrak tambahan ini tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam Appendiks A, tidak juga melindungi sebarang penyakit Kritikal, tanda tandanya yang berlaku sebelum pengeluaran Kontrak Asas atau Kontrak tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 hari selepasnya.


Peserta / Orang yang dilindungi mestilah menghidap Penyakit kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelasakan. sekiranya Peserta / Orang yang dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh didiagnosis, tiada sebartang bayaran akan dilunaskan di bawah Kontrak tambahan ini.,


Syarikat tidak akan bertanggunggajawab sekiranya penyakit kritikal itu disebabkan oleh mana mana satu sebab yang dinyatakan dalam peruntukkan Am (pengecualian)

Kehilangan Peserta / Orang yang dilindungi sama ada didarat, laut atau udara, meskipun kehilangan itu sebelum Tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat.


Takrif

DIAGNOS- hendaklah bermaksud didiagnosis definitif yang dibuat oleh pakar perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti diperlukan dalam takrif bagi setiap penyakit Dilindungi seperti yang diseneraikan di bawah dengan sokongan oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.


Jika terdapat apa apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Syarikat akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta / Orang yang dilindungi dan / atau apa apa bukti yang digunakan semas membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang syarikat lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat peserta / Orang yang dilindungi dan syarikat.


PAKAR PERUBATAN-Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta / Orang yang dilindungi itu sendiri, suami / isteri, saudara mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan / atau majikan peserta / Orang yang dilindungi.

Kenali Rider Anda (Pampasan Kematian & Keilatan Disebabkan Kemalangan )


Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan ( MKKAK )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000.00 (sehingga maksimum 5 kali ganda daripada jumlah pelan asas)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau

hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau

hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau

hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pada / atas buku lali; atau

kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai.


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau

Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau

Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau

Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau

Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Kenali Rider Anda (Pampasan Kemalangan)


Manfaat Pampasan Kemalangan ( AIR )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta / Orang yang dilindungfi mengalami keilatan sementera dan menyeluruh.


Jadual manfaat

1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersangkut paut dengan sebarang sebab selaindari[ada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar

2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam (1) - (8) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak melebihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk (1) - (8)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Kenali Rider Anda (Elaun Hospital)

Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat harian sekiranya dimasukan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta / Orang yang dilindungi akan menerima manfaat harian ini berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.

Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa apa kos rawatan atau bil perubatan, sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.


Skop perlindungan

Kemasukan ke hospital kerajaan atau pusat rawatan berlesen yang diluluskan oleh syarikat atas cadangan dan kelulusan doktor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( yang mana terdahulu )


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 60 tahun ( mana yang terdahulu )


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik:

Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau kontrak asas tidak dijelaskan pada hujung tempoh teanggang: AtauKontrak asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan: Atau Apabila peserta / Orang yang dilindungi mencapai umur 60 tahun; Atau Peserta / Orang yang dilindungi itu mati atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh


Had umur penyertaan

Minimum 6 bulan dan maksimum 55 tahun ( tarikh lahir akan datang )


Had manfaat perlindungan

Minimum RM10.00 sehari dan tidak melebihi 10% dari jumlah sumbangan tahunan pelan asas atau RM400.00 sehari untuk dewasa dan RM200.00 untuk Juvana


Pengendalian sumbangan

100% sumbangan akan di tabarru’kan ke Akaun Khas Peserta


Kelayakan tuntutan

Dimasukan ke hospital sekurang kurangnya 3 hari 6 jam. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja (had seumur hidup)


Notis tuntutan

Notis bertulis hendaklah dikemukakan kepada syarikat dalam tempoh enam puluh (60) hari keluar (discaj ) hospital.


Mudharabah

Sebarang lebihan di penhujung tempon pelan takaful asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan Peserta pada kadar 50%:50% dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.


Risiko yang dikecualikan

Pencerohohan dan tindakan negara asing, persengketaan (sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau kententeraan atau rampasan kuasa, rusuhan, kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas.

Apabila Peserta / Orang yang dilindungi membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri ( samada ada secara sebab jenayahatau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alkohol atau dadah, sama ada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau mengunakan racun, gas atau wap beracun

Semasa Peserta / Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengakutan udara bagi tujuan perdagangan, profesion atau hobi atau sebagai krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti payung terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sevagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew atau penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melalui laluan tetap;

Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontreak dikeluarkan atau tarikh id dihidupkn semuala, yang mana berlaku kemudian

Terlibat dalam aktiviti haram atau jenayah, penyertaan dalam sebarang pergaduhanatau sengaja mencari punca;


Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti menyelam yang memerlukan alat bantuan pernafasan; atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau beroda;

Terdedah kepada bahaya nuklear, peralatan nuklear atau pencemaran radioaktif

Menghidap Sindrom Kurang Upaya Tahan Penyakit (AIDS), atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, penguguran anak, keguguran atau sebarang atau akibat darinya;

Manfaat ini hanya akan mula berkuat kuasa selepas empat puluh lima (45) hari dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula (reinstatement) kecuali atas sebab sebab kemalangan


Nota penting* Kemasukan hospital di luar Malaysia tidak dilindungi di bawah rider ini

Hospital Panel - Termasuk SEMUA Hospital Kerajaan

SELANGOR
· Ampang Puteri Specialist
· Damansara Specialist Hospital
· Darul Ehsan Medical Centre
· Hospital Pakar An-Nur Hasanah
· Hospital Pusrawi Corporation
· Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
· KPJ Kajang Specialist Hospital
· Kajang Plaza Medical Centre
· Kelana Jaya Plaza Medical Centre
· KPMC Puchong Sdn. Bhd.
· Megah Medical Specialist Group
· Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
· Pusat Rawatan Islam Intan
· Pusat Medical Centre (Sg. Buloh)
· Salam Medical Centre
· Selangor Medical Centre
· Sri Kota Medical Centre
· Sunway Medical Centre
· Subang Jaya Medical Centre

KUALA LUMPUR
· Hospital Pantai Indah
· Hospital Pusrawi Sdn. Bhd.
· Hospital Tawakal
· Pantai Cheras Medical Centre
· Pantai Medical Centre Sdn. Bhd.
· Damai Service Hospital (HQ) Sdn. Bhd.
· Damai Service Hospital (Melawati)
· Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.
· Pusat Perubatan Islam Kg Baru
· Lourdes Medical Centre
· Sentosa Medical Centre
· Taman Desa Medical Centre
· UKM Kesihatan Sdn. Bhd.
· UM Specialist Sdn. Bhd.

KEDAH
· Strand Hospital & Retirement Home
· Metro Specialist Centre
· Kedah Medical Centre
· Putra Medical Centre

PULAU PINANG
· Bukit Mertajam Specialist Hospital
· Penang Adventist Hospital
· Hospital Pantai Mutiara

MELAKA
· Hospital Pantai Air Keroh, Melaka
· Putra Specialist Hospital Melaka ( formerly Southern Hospital Melaka )

PERAK
· Taiping Medical Centre
· Ipoh Specialist Hospital ( KPJ )
· Hospital Pantai Puteri Ipoh
· Fatimah Hospital
· Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan
· Apollo Medical Centre

NEGERI SEMBILAN
· Columbia Asia Medical Centre, Seremban
· Seremban Specialist Hospital (KPJ)
· Pusat Rawatan Islam Darul

JOHOR
· Johor Specialist Centre ( KPJ )
· Puteri Specialist Hospital( KPJ )
· Hospital Penawar ( KPJ )
· Putra Specialist Hospital, Batu Pahat

KELANTAN
· Kota Bharu Medical Centre ( KBMC )
· Hospital Pakar Perdana
· Pusat Rawatan Islam An-Nisa

PAHANG
· Kuantan Specialist Hospital ( KPJ )
· Kuantan Medical Centre
· Kuantan Clinical Diagnostic Centre

TERENGGANU
· Kuala Terengganu Specialist Hospital

SABAH
· Damai Specialist Centre ( KPJ )
· Sabah Medical Centre

SARAWAK
· Kuching Specialist Hospital ( KPJ )
· Normah Medical Centre
· Miri City Centre Medical Centr

Panduan menggunakan Medic Card

Medic Card (Untuk Rider Medic-Save)



Manfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai


Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu buru menyertainya. Anda perlu menilai tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang. Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menyertai manfaat ini sekarang juga.


Dengan adanya manfaat ini. Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan mengangung sepenuhnya kos perubatan tersebut. Selalunya syarikat pengendali hanya menaggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut.


Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menaggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah


Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikir masalah ini…

Anda akan mula terjebak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langklah bijak sekarang.

Friday, January 29, 2010

Kisah Tauladan Orang Tidak Mempunyai Takaful (2)

FINAS SUMBANG RM10,000 BANTU M.RAJOLI

Pelakon M. Rajoli yang kini menjalani rawatan kemoterapi dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya, menerima sumbangan RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sepanjang berada di Hospital Ampang, M. Rajoli akan menjalani rawatan kemoterapi selain rawatan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis, darah tinggi dan asma. “Setakat ini, suami saya baru dua kali menjalani kemoterapi. Rawatan susulan akan dijalankan seterusnya tidak lama lagi. Setiap rawatan kemoterapi menelan kos RM3,000,” katanya. Pada 14 November lalu, M. Rajoli menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan. Karyawan juga bersetuju memberi imbuhan RM500 sebulan seumur hidup kepada pelakon itu menerusi Skim Pencen yang diwujudkan oleh persatuan tersebut.


Dipetik daripada Utusan Malaysia: 21 November 2007

Semoga beliau semakin sembuh

Kisah Tauladan Orang Tidak Mempunyai Takaful (1)

BIENDA BERTARUNG NYAWA

Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.

Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.


Dipetik daripada Utusan Malaysia: 6 Januari 2008

Alhamdulillah. Kini Bienda telah pun sembuh




INGAT!!! INSURANS/TAKAFUL HANYA BOLEH DISERTAI KETIKA ANDA MASIH SIHAT SAHAJA, BILA SUDAH SAKIT, TIADA INSURANS/TAKAFUL YANG BOLEH ANDA SERTAI.

Perbandingan Manfaat Simpanan Diantara Institusi Kewangan Malaysia

Thursday, January 28, 2010

KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM?

Insurans penipu!!...Insurans nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.

Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurans atau takaful ini.

Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurans/takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurans tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.

Antara Sebab Utama adalah...

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, polisi tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurans tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.


Satu lagi, kalau polisi dah "lapsed", walau pun kita hidupkan balik(sambung pembayaran), kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai polisi "lapsed".

2. Manfaat tiada didalam jadual polisi

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada polisi insurans, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh polisi yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara detail. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurans tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurans penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual polisi.

Sebagai contoh, rata-rata polisi yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurans Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam polisi. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Polisi yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :

Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam polisi anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada polisi yang membayar kos rawatan walaupun tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping kredit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurans, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurans dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh ejen. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya.(ada diantaranya yang boleh claim separuh tuntutan)


B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.


4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.


Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurans/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dan tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."


p/s: sila baca artikel ini, terutama pada client saya supaya masing-masing tahu tanggungjawab sehinggalah kontrak matang atau hubungi saya untuk pertanyaan peribadi.