Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Saturday, February 13, 2010

Thursday, February 11, 2010

Sinar Harian 11 February 2010



Takaful Menda Alah?

MENGAPA SAYA KATA TAKAFUL BUKAN "MENDA ALAH"?

1. UNTUK MELINDUNGI PENDAPATAN KELUARGA
Kesinambungan pendapatan bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. PELAN TAKAFUL KELUARGA dapat menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. PERLINDUNGAN KEWANGAN KETIKA HILANG UPAYA
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, PELAN TAKAFUL sekurang-kurangnya memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. PELAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK
Rancang kewangan pendidikan anak anda dari sekarang, Tanpa perlu membuat pinjaman pada masa akan datang. JANGAN BIARKAN ANAK ANDA MULA BERHUTANG SEBELUM BEKERJA.

4. TABUNG PERSARAAN
Semua orang bekerja mengharapkan persaraan yang membahagiakan. PELAN TAKAFUL adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. PELAN PERUBATAN/KESIHATAN
Ramai yang merungut mengenai peningkatan kos penjagaan kesihatan. Orang yang bijak menggunakan kemudahan TAKAFUL untuk meringankan beban perubatan/kesihatan yang tinggi itu.(Tidak perlu serahkan semua wang yang disimpan bertahun lamanya kepada doktor yang merawat kita. Biar TAKAFUL yang bayar!)

6. SEBAGAI PEMBERIAN UNTUK YANG TERSAYANG
Tidak seperti pemberian yang lain,pampasan TAKAFUL adalah satu-satunya pemberian yang berharga. Sesuatu yang akan ditanya apabila berlaku kematian.

7. PERLINDUNGAN PERNIAGAAN KELUARGA
Sesetengah perniagaan keluarga adalh untuk diwarisi dari generasi ke generasi. PELAN TAKAFUL membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

8. SEBAGAI PELAN KEWANGAN MENYELURUH
Pelan kewangan mungkin ringkas, tapi tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa takaful. Perlindungan pendapatan adalah asas dalam perancangan kewangan. Sebab tu ade orang kata "Protect first then invest"

Saturday, February 6, 2010

Slide Rancangan TV3 Bijak Wang (Pilihan Pelan Takaful) Part 1





Etiqa, Anda & Rider

Post ini membincangkan mengenai pemilihan rider yang bersesuaian dengan anda. Di Etiqa Takaful, terdapat beberapa rider yang boleh anda pilih dalam satu-satu produk. Perbezaan keutamaan pemilihan rider adalah berbeza diantara client kerana aspek-aspek risiko di sekeliling mereka. Antara aspek yang diambil kira adalah:

  • Jenis Pekerjaan
  • Faktor keturunan (penyakit kritikal)
  • Cara hidup
  • Kewangan

Seperti yang telah dinyatakan didalam post yang terdahulu, Etiqa Takaful menyediakan beberapa jenis rider yang boleh dipilih iaitu rider Elaun Hospital, Pampasan Kemalangan, Pampasan Kematian dan Keilatan disebabkan Kemalangan dan Perlindungan Penyakit Kritikal. Jadi, peserta atau client hendaklan mengenalpasti apa yang paling berisiko bagi anda dan anda boleh memohonnya kepada perunding takaful anda.

Dan peringatan, sekiranya anda tidak menyertai atau melanggan mana-mana rider dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini diatas rider yang berkaitan, bermakna anda tidak boleh menuntut pampasan rider tersebut. Saya bagi contoh, En. A tidak menyertai rider untuk Perlindungan Penyakit kritikal, tetapi sejarah keluarganya dan jenis pekerjaannya adalah terdedah dengan risiko penyakit jantung. Tiba-tiba dengan izin Tuhan, beliau terkena serangan jantung (yang merupakan tersenarai dalam 36 penyakit yang dilindungi dalam polisi Etiqa Takaful). Beliau secara automatik tidak boleh menuntut pampasan penyakit kritikal (untuk membeli ubat atau rawatan) kerana tidak melanggan rider penyakit kritikal.

Begitulah juga dengan rider-rider yang lain. Untuk Pengetahuan anda, anda boleh menambah dan mengurangkan rider anda mengikut keadaan dan ekonomi semasa, itu tiada masalah. Cuma berjumpa dengan perunding takaful anda dan ceritakan mengenai hasrat anda itu. Saya mengutarakan post ini adalah bertujuan memaklumkan tentang kepentingan rider dan ingin peserta tahu fungsinya. Sungguhpun nilai rider ini tidak akan menjadi simpanan akaun peserta, tetapi inilah yang dinamakan mengurusi RISIKO anda yang sebenarnya.

Wednesday, February 3, 2010

Etiqa Online


Monday, February 1, 2010

Kenali Rider Anda (Perlindungan Penyakit Kritikal)

Melalui manfaat ini, Peserta / orang yang dilindungi akan mendapat manfat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosis oleh pakar, menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan


Pengecualian:

Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal wujud sebelum atau pada tarikh pengeluaran Kontrak Asas atau kontrak tambahan, atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.


Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak lansung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatan atau penyakit yang wujud sebelum tarikh pengeluaran Kontrak asas, kontrak tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula.


Kontrak tambahan ini tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam Appendiks A, tidak juga melindungi sebarang penyakit Kritikal, tanda tandanya yang berlaku sebelum pengeluaran Kontrak Asas atau Kontrak tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 hari selepasnya.


Peserta / Orang yang dilindungi mestilah menghidap Penyakit kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelasakan. sekiranya Peserta / Orang yang dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh didiagnosis, tiada sebartang bayaran akan dilunaskan di bawah Kontrak tambahan ini.,


Syarikat tidak akan bertanggunggajawab sekiranya penyakit kritikal itu disebabkan oleh mana mana satu sebab yang dinyatakan dalam peruntukkan Am (pengecualian)

Kehilangan Peserta / Orang yang dilindungi sama ada didarat, laut atau udara, meskipun kehilangan itu sebelum Tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat.


Takrif

DIAGNOS- hendaklah bermaksud didiagnosis definitif yang dibuat oleh pakar perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti diperlukan dalam takrif bagi setiap penyakit Dilindungi seperti yang diseneraikan di bawah dengan sokongan oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.


Jika terdapat apa apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Syarikat akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta / Orang yang dilindungi dan / atau apa apa bukti yang digunakan semas membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang syarikat lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat peserta / Orang yang dilindungi dan syarikat.


PAKAR PERUBATAN-Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta / Orang yang dilindungi itu sendiri, suami / isteri, saudara mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan / atau majikan peserta / Orang yang dilindungi.

Kenali Rider Anda (Pampasan Kematian & Keilatan Disebabkan Kemalangan )


Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan ( MKKAK )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000.00 (sehingga maksimum 5 kali ganda daripada jumlah pelan asas)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau

hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau

hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau

hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pada / atas buku lali; atau

kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai.


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau

Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau

Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau

Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau

Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Kenali Rider Anda (Pampasan Kemalangan)


Manfaat Pampasan Kemalangan ( AIR )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta / Orang yang dilindungfi mengalami keilatan sementera dan menyeluruh.


Jadual manfaat

1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersangkut paut dengan sebarang sebab selaindari[ada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar

2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam (1) - (8) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak melebihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk (1) - (8)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Kenali Rider Anda (Elaun Hospital)

Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat harian sekiranya dimasukan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta / Orang yang dilindungi akan menerima manfaat harian ini berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.

Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa apa kos rawatan atau bil perubatan, sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.


Skop perlindungan

Kemasukan ke hospital kerajaan atau pusat rawatan berlesen yang diluluskan oleh syarikat atas cadangan dan kelulusan doktor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( yang mana terdahulu )


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 60 tahun ( mana yang terdahulu )


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik:

Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau kontrak asas tidak dijelaskan pada hujung tempoh teanggang: AtauKontrak asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan: Atau Apabila peserta / Orang yang dilindungi mencapai umur 60 tahun; Atau Peserta / Orang yang dilindungi itu mati atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh


Had umur penyertaan

Minimum 6 bulan dan maksimum 55 tahun ( tarikh lahir akan datang )


Had manfaat perlindungan

Minimum RM10.00 sehari dan tidak melebihi 10% dari jumlah sumbangan tahunan pelan asas atau RM400.00 sehari untuk dewasa dan RM200.00 untuk Juvana


Pengendalian sumbangan

100% sumbangan akan di tabarru’kan ke Akaun Khas Peserta


Kelayakan tuntutan

Dimasukan ke hospital sekurang kurangnya 3 hari 6 jam. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja (had seumur hidup)


Notis tuntutan

Notis bertulis hendaklah dikemukakan kepada syarikat dalam tempoh enam puluh (60) hari keluar (discaj ) hospital.


Mudharabah

Sebarang lebihan di penhujung tempon pelan takaful asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan Peserta pada kadar 50%:50% dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini.


Risiko yang dikecualikan

Pencerohohan dan tindakan negara asing, persengketaan (sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau kententeraan atau rampasan kuasa, rusuhan, kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas.

Apabila Peserta / Orang yang dilindungi membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri ( samada ada secara sebab jenayahatau tidak) atau mencederakan diri sendiri (samada waras atau tidak) atau dalam pengaruh alkohol atau dadah, sama ada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau mengunakan racun, gas atau wap beracun

Semasa Peserta / Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengakutan udara bagi tujuan perdagangan, profesion atau hobi atau sebagai krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti payung terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sevagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew atau penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melalui laluan tetap;

Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontreak dikeluarkan atau tarikh id dihidupkn semuala, yang mana berlaku kemudian

Terlibat dalam aktiviti haram atau jenayah, penyertaan dalam sebarang pergaduhanatau sengaja mencari punca;


Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti menyelam yang memerlukan alat bantuan pernafasan; atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau beroda;

Terdedah kepada bahaya nuklear, peralatan nuklear atau pencemaran radioaktif

Menghidap Sindrom Kurang Upaya Tahan Penyakit (AIDS), atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, penguguran anak, keguguran atau sebarang atau akibat darinya;

Manfaat ini hanya akan mula berkuat kuasa selepas empat puluh lima (45) hari dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula (reinstatement) kecuali atas sebab sebab kemalangan


Nota penting* Kemasukan hospital di luar Malaysia tidak dilindungi di bawah rider ini

Hospital Panel - Termasuk SEMUA Hospital Kerajaan

SELANGOR
· Ampang Puteri Specialist
· Damansara Specialist Hospital
· Darul Ehsan Medical Centre
· Hospital Pakar An-Nur Hasanah
· Hospital Pusrawi Corporation
· Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
· KPJ Kajang Specialist Hospital
· Kajang Plaza Medical Centre
· Kelana Jaya Plaza Medical Centre
· KPMC Puchong Sdn. Bhd.
· Megah Medical Specialist Group
· Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
· Pusat Rawatan Islam Intan
· Pusat Medical Centre (Sg. Buloh)
· Salam Medical Centre
· Selangor Medical Centre
· Sri Kota Medical Centre
· Sunway Medical Centre
· Subang Jaya Medical Centre

KUALA LUMPUR
· Hospital Pantai Indah
· Hospital Pusrawi Sdn. Bhd.
· Hospital Tawakal
· Pantai Cheras Medical Centre
· Pantai Medical Centre Sdn. Bhd.
· Damai Service Hospital (HQ) Sdn. Bhd.
· Damai Service Hospital (Melawati)
· Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.
· Pusat Perubatan Islam Kg Baru
· Lourdes Medical Centre
· Sentosa Medical Centre
· Taman Desa Medical Centre
· UKM Kesihatan Sdn. Bhd.
· UM Specialist Sdn. Bhd.

KEDAH
· Strand Hospital & Retirement Home
· Metro Specialist Centre
· Kedah Medical Centre
· Putra Medical Centre

PULAU PINANG
· Bukit Mertajam Specialist Hospital
· Penang Adventist Hospital
· Hospital Pantai Mutiara

MELAKA
· Hospital Pantai Air Keroh, Melaka
· Putra Specialist Hospital Melaka ( formerly Southern Hospital Melaka )

PERAK
· Taiping Medical Centre
· Ipoh Specialist Hospital ( KPJ )
· Hospital Pantai Puteri Ipoh
· Fatimah Hospital
· Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan
· Apollo Medical Centre

NEGERI SEMBILAN
· Columbia Asia Medical Centre, Seremban
· Seremban Specialist Hospital (KPJ)
· Pusat Rawatan Islam Darul

JOHOR
· Johor Specialist Centre ( KPJ )
· Puteri Specialist Hospital( KPJ )
· Hospital Penawar ( KPJ )
· Putra Specialist Hospital, Batu Pahat

KELANTAN
· Kota Bharu Medical Centre ( KBMC )
· Hospital Pakar Perdana
· Pusat Rawatan Islam An-Nisa

PAHANG
· Kuantan Specialist Hospital ( KPJ )
· Kuantan Medical Centre
· Kuantan Clinical Diagnostic Centre

TERENGGANU
· Kuala Terengganu Specialist Hospital

SABAH
· Damai Specialist Centre ( KPJ )
· Sabah Medical Centre

SARAWAK
· Kuching Specialist Hospital ( KPJ )
· Normah Medical Centre
· Miri City Centre Medical Centr

Panduan menggunakan Medic Card

Medic Card (Untuk Rider Medic-Save)



Manfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai


Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu buru menyertainya. Anda perlu menilai tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang. Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menyertai manfaat ini sekarang juga.


Dengan adanya manfaat ini. Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan mengangung sepenuhnya kos perubatan tersebut. Selalunya syarikat pengendali hanya menaggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut.


Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menaggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah


Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikir masalah ini…

Anda akan mula terjebak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langklah bijak sekarang.