Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Saturday, February 6, 2010

Etiqa, Anda & Rider

Post ini membincangkan mengenai pemilihan rider yang bersesuaian dengan anda. Di Etiqa Takaful, terdapat beberapa rider yang boleh anda pilih dalam satu-satu produk. Perbezaan keutamaan pemilihan rider adalah berbeza diantara client kerana aspek-aspek risiko di sekeliling mereka. Antara aspek yang diambil kira adalah:

  • Jenis Pekerjaan
  • Faktor keturunan (penyakit kritikal)
  • Cara hidup
  • Kewangan

Seperti yang telah dinyatakan didalam post yang terdahulu, Etiqa Takaful menyediakan beberapa jenis rider yang boleh dipilih iaitu rider Elaun Hospital, Pampasan Kemalangan, Pampasan Kematian dan Keilatan disebabkan Kemalangan dan Perlindungan Penyakit Kritikal. Jadi, peserta atau client hendaklan mengenalpasti apa yang paling berisiko bagi anda dan anda boleh memohonnya kepada perunding takaful anda.

Dan peringatan, sekiranya anda tidak menyertai atau melanggan mana-mana rider dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini diatas rider yang berkaitan, bermakna anda tidak boleh menuntut pampasan rider tersebut. Saya bagi contoh, En. A tidak menyertai rider untuk Perlindungan Penyakit kritikal, tetapi sejarah keluarganya dan jenis pekerjaannya adalah terdedah dengan risiko penyakit jantung. Tiba-tiba dengan izin Tuhan, beliau terkena serangan jantung (yang merupakan tersenarai dalam 36 penyakit yang dilindungi dalam polisi Etiqa Takaful). Beliau secara automatik tidak boleh menuntut pampasan penyakit kritikal (untuk membeli ubat atau rawatan) kerana tidak melanggan rider penyakit kritikal.

Begitulah juga dengan rider-rider yang lain. Untuk Pengetahuan anda, anda boleh menambah dan mengurangkan rider anda mengikut keadaan dan ekonomi semasa, itu tiada masalah. Cuma berjumpa dengan perunding takaful anda dan ceritakan mengenai hasrat anda itu. Saya mengutarakan post ini adalah bertujuan memaklumkan tentang kepentingan rider dan ingin peserta tahu fungsinya. Sungguhpun nilai rider ini tidak akan menjadi simpanan akaun peserta, tetapi inilah yang dinamakan mengurusi RISIKO anda yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment