Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Monday, February 1, 2010

Kenali Rider Anda (Pampasan Kemalangan)


Manfaat Pampasan Kemalangan ( AIR )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta / Orang yang dilindungfi mengalami keilatan sementera dan menyeluruh.


Jadual manfaat

1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersangkut paut dengan sebarang sebab selaindari[ada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar

2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam (1) - (8) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak melebihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk (1) - (8)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

No comments:

Post a Comment