Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Monday, February 1, 2010

Kenali Rider Anda (Perlindungan Penyakit Kritikal)

Melalui manfaat ini, Peserta / orang yang dilindungi akan mendapat manfat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosis oleh pakar, menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan


Pengecualian:

Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal wujud sebelum atau pada tarikh pengeluaran Kontrak Asas atau kontrak tambahan, atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.


Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak lansung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatan atau penyakit yang wujud sebelum tarikh pengeluaran Kontrak asas, kontrak tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula.


Kontrak tambahan ini tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam Appendiks A, tidak juga melindungi sebarang penyakit Kritikal, tanda tandanya yang berlaku sebelum pengeluaran Kontrak Asas atau Kontrak tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 hari selepasnya.


Peserta / Orang yang dilindungi mestilah menghidap Penyakit kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelasakan. sekiranya Peserta / Orang yang dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh didiagnosis, tiada sebartang bayaran akan dilunaskan di bawah Kontrak tambahan ini.,


Syarikat tidak akan bertanggunggajawab sekiranya penyakit kritikal itu disebabkan oleh mana mana satu sebab yang dinyatakan dalam peruntukkan Am (pengecualian)

Kehilangan Peserta / Orang yang dilindungi sama ada didarat, laut atau udara, meskipun kehilangan itu sebelum Tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat.


Takrif

DIAGNOS- hendaklah bermaksud didiagnosis definitif yang dibuat oleh pakar perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti diperlukan dalam takrif bagi setiap penyakit Dilindungi seperti yang diseneraikan di bawah dengan sokongan oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.


Jika terdapat apa apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Syarikat akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta / Orang yang dilindungi dan / atau apa apa bukti yang digunakan semas membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang syarikat lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat peserta / Orang yang dilindungi dan syarikat.


PAKAR PERUBATAN-Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta / Orang yang dilindungi itu sendiri, suami / isteri, saudara mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan / atau majikan peserta / Orang yang dilindungi.

No comments:

Post a Comment