Blog ini membincangkan soal jawab Etiqa takaful keluarga,takaful am dan teknologi.Hubungi Hazzrah@0129623085. Blog Etiqa Takaful ini hanya dikhususkan kepada peserta dan bakal peserta yang berada di Kuantan sahaja.Ini adalah untuk memudahkan saya memberikan servis yang terbaik. Namun sebarang pertanyaan adalah sangat dialu-alukan.Untuk kemudahan perbualan di ShoutBox, masa beroperasi pada pukul 9.00pg sehingga 5.00ptg sahaja.

Monday, February 1, 2010

Kenali Rider Anda (Pampasan Kematian & Keilatan Disebabkan Kemalangan )


Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan ( MKKAK )

Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000.00 (sehingga maksimum 5 kali ganda daripada jumlah pelan asas)


Definisi kecederaan

Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan.


Definisi keilatan kekal dan menyeluruh

Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.

hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau

hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau

hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau

hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pada / atas buku lali; atau

kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk juvana, hanya (2) sahaja terpakai.


Skop perlindungan

Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan

Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini (mana yang terdahulu)


Tempoh dan lat sumbangan

Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun (mana yang terdahulu)


Penamatan kontrak

Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;

Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh bertenang; atau

Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau

Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun; atau

Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau

Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

No comments:

Post a Comment